Showing posts with label Muslim. Show all posts
Showing posts with label Muslim. Show all posts

07 March 2026

Huruf Muqatta‘ah


Huruf muqatta‘ah merupakan salah satu fenomena linguistik yang unik dalam Al-Quran. 

Huruf-huruf ini muncul pada permulaan beberapa surah dan dibaca secara terpisah.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa makna sebenar huruf muqatta‘ah merupakan rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT.

Sebanyak 114 surah dalam Al-Quran, terdapat 29 surah yang dimulakan dengan huruf muqatta’ah.

1. Satu Huruf


ص - Surah Sod ( 38:1 ) - Makkiyah
ق - Surah Qaf ( 50:1 ) - Makkiyah
ن - Surah Al-Qalam ( 68:1 ) - Makkiyah

2. Dua Huruf

طه - Surah Taha ( 20:1 ) - Makkiyah
طس - Surah An-Naml ( 27:1 ) - Makkiyah
يس - Surah Yasin ( 36:1 ) - Makkiyah

حم
Surah Ghafir ( 40:1 ) - Makkiyah
Surah Fussilat ( 41:1 ) - Makkiyah
Surah Al-Syura ( 42:1 ) - Makkiyah
Surah Al-Zukhruf ( 43:1 ) - Makkiyah
Surah Ad-Dukhan ( 44:1 ) - Makkiyah
Surah Al-Jathiyah ( 45:1 ) - Makkiyah
Surah Al-Ahqaf ( 46:1 ) - Makkiyah

3. Tiga Huruf

الم
Surah Al-Baqarah ( 2:1 ) - Madaniyyah
Surah Ali Imran ( 3:1 ) - Madaniyyah
Surah Al-Ankabut ( 29:1 ) - Makkiyah
Surah Al-Rom ( 30:1 ) - Makkiyah
Surah Luqman ( 31:1 ) - Makkiyah
Surah Al-Sajdah ( 32:1 ) - Makkiyah

الر
Surah Yunus ( 10:1 ) - Makkiyah
Surah Hud ( 11:1 ) - Makkiyah
Surah Yusuf ( 12:1 ) - Makkiyah
Surah Ibrahim ( 14:1 ) - Makkiyah
Surah Al-Hijr ( 15:1 ) - Makkiyah

طسم
Surah Asy-Syu'ara ( 26:1 ) - Makkiyah
Surah Al-Qasas ( 28:1 ) - Makkiyah

4. Empat Huruf

المص - Surah Al-A’raf ( 7:1 ) - Makkiyah

المر - Surah Ar-Rad ( 13:1 ) - Makkiyah

5. Lima Huruf

كهيعص - Surah Maryam ( 19:1 ) - Makkiyah

07 January 2025

Doa Iftitah Riwayat Abu Hurairah

Berkata Abu Hurairah: Biasanya Rasulullah diam sejenak antara takbir dan bacaan (Al-Fatihah).
Aku berkata: Dengan bapaku dan ibuku, wahai Rasulullah, diamnya engkau antara takbir dan bacaan, apakah yang engkau ucapkan?
Baginda bersabda: Aku mengucapkan

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ
كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ
اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ


Maksudnya: Ya Allah, jauhkanlah aku dengan kesalahanku, sebagaimana Engkau telah jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, sucikanlah aku daripada kesalahan, sebagaimana Engkau mensucikan salju putih daripada kotoran. Ya Allah, bersihkanlah kesalahanku dengan air, salju, dan embun.

(Riwayat Al-Bukhari, no. 744)