Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA)

26 January 2012

at 12:08 PM ,


ACTA adalah satu penguatkuasaan perjanjian harta intelek baru yang sedang dirundingkan oleh Amerika Syarikat, Komuniti Eropah, Switzerland, dan Jepun. Australia, Republik Korea, New Zealand, Mexico, Jordan, Maghribi, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Kanada baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertai juga.


Laporan awal menunjukkan bahawa akan di wujudkan piawaian antarabangsa mengenai penguatkuasaan hak harta intelektual di Eropah. Wakil Ireland akan menandatangani ACTA di satu majlis pada 26 Januari 2012 sebagai wakil 26 negara anggota Kesatuan Eropah, dan EU sendiri.
Sebaik sahaja perjanjian itu ditandatangani, ia boleh secara rasmi diterima pakai ke dalam undang-undang apabila ia telah diwartakan oleh Parlimen Eropah.

Banyak pihak menentang ACTA antaranya hacktivist dari Anonymous, Anti ACTA, dan Stop ACTA!